Hubungi Kami

Frequently Asked Question!

Semua ikan kami diambil terus daripada pembekal ikan segar yang dipercayai. Setiap ikan akan melalui proses IQF (Individual Quick Frozen) dan dibungkus vacuum-sealed untuk kekalkan kesegaran sebenar — seolah-olah baru turun dari laut!
Bekalan ikan segar bergantung kepada hasil tangkapan harian pembekal dan faktor cuaca. Kami akan update stok terkini setiap hari – kalau jenis tertentu tiada, biasanya akan masuk balik dalam 1–3 hari.
Semua ikan kami sudah disiang, dicuci bersih dan dibuang sisik sebelum dibekukan.
Tak perlu buang masa – buka, defrost dan terus masak ikut resepi kegemaran anda!
✅ Mudah, bersih dan tak berbau hanyir.
Kami buat penghantaran sekitar Johor Bahru, Skudai, Pasir Gudang & kawasan berhampiran melalui runner atau Lalamove.
Pembayaran boleh dibuat melalui:
Toyyibpay (Online Banking FPX) sahaja
Order akan disahkan selepas pembayaran diterima ✅
Kami jaga setiap pesanan sebaik mungkin. Tapi kalau ada masalah (contoh: barang kurang atau ikan rosak), terus hubungi kami dalam masa 1 jam selepas penghantaran dengan gambar bukti. Kami akan ganti atau refund ikut kes.