Hubungi Kami

icon Feera Fresh & Frozen

feerafreshandfrozen@gmail.com

Frequently Asked Question!

Pasar Ikan Segar JB

Semua ikan kami diambil terus daripada pembekal ikan segar yang dipercayai. Setiap ikan akan melalui proses IQF (Individual Quick Frozen) dan dibungkus vacuum-sealed untuk kekalkan kesegaran sebenar — seolah-olah baru turun dari laut!

Bekalan ikan segar bergantung kepada hasil tangkapan harian pembekal dan faktor cuaca. Kami akan update stok terkini setiap hari – kalau jenis tertentu tiada, biasanya akan masuk balik dalam 1–3 hari.

Semua ikan kami sudah disiang, dicuci bersih dan dibuang sisik sebelum dibekukan.
Tak perlu buang masa – buka, defrost dan terus masak ikut resepi kegemaran anda!
✅ Mudah, bersih dan tak berbau hanyir.

Semua produk Feera Fresh & Frozen dibungkus secara vacuum-sealed dan melalui proses IQF, jadi ia boleh tahan sehingga 6–12 bulan dalam freezer tanpa menjejaskan kualiti. Namun, kami sarankan untuk guna dalam tempoh 3–6 bulan untuk rasa terbaik.

Tak semestinya! Kebanyakan ikan Feera boleh terus dimasak tanpa defrost penuh, terutamanya kalau guna cara stim, goreng, atau kari. Tapi kalau nak goreng garing, defrost separuh dulu untuk hasil terbaik.

Ikan yang elok akan nampak berkilat, tekstur padat dan tak berbau kuat. Kalau vacuum masih ketat dan warna ikan cantik, maksudnya masih segar frozen! Kalau nampak bocor, ada ais berlebihan atau bau pelik, terus hubungi kami.

Ya, penghantaran percuma diberikan untuk order minimum RM300 ke kawasan Johor Bahru, Skudai & Pasir Gudang. Untuk bawah RM300, caj runner akan dikenakan RM15 untuk lokasi Sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang & Kempas.

Pesanan yang dibuat sebelum jam 2 petang (Isnin–Sabtu) akan dihantar pada hari yang sama. Order selepas 2 petang akan dihantar keesokan harinya. Tiada penghantaran pada Ahad & cuti umum. Hubungi kami di WhatsApp untuk sebarang pertanyaan atau urgent order.

Boleh! Sila nyatakan masa pilihan (contoh: antara 2pm–4pm) semasa checkout, dan kami akan cuba ikut jadual tersebut bergantung pada laluan penghantaran.

Kami buat penghantaran sekitar Johor Bahru, Skudai, Pasir Gudang & kawasan berhampiran melalui runner atau Lalamove. 

Pembayaran boleh dibuat melalui:

  • Toyyibpay (Online Banking FPX) sahaja

Order akan disahkan selepas pembayaran diterima ✅

Kami jaga setiap pesanan sebaik mungkin. Tapi kalau ada masalah (contoh: barang kurang atau ikan rosak), terus hubungi kami dalam masa 1 jam selepas penghantaran dengan gambar bukti. Kami akan ganti atau refund ikut kes.

Pemandu kami akan hubungi anda sebelum sampai. Jika tiada di rumah, kami boleh tinggalkan di lokasi yang dipersetujui (contoh: peti sejuk luar rumah) atau atur semula penghantaran (caj tambahan mungkin dikenakan).

Ya! Anda boleh self-pickup di stor kami di Kempas, Johor Bahru. Pilih “Self Pickup” semasa checkout dan tunggu mesej WhatsApp pengesahan sebelum datang.

Ya ✅ Semua produk Feera Fresh & Frozen adalah 100% halal dan dibekalkan oleh pembekal tempatan yang berdaftar halal JAKIM.

Boleh! Kami terima tempahan borong untuk majlis, katering, restoran atau reseller. Hubungi kami di WhatsApp untuk dapatkan harga borong terkini dan katalog penuh.

Boleh, tapi hanya sebelum pesanan diproses. Selepas barang dibungkus atau dihantar, pembatalan tidak dibenarkankerana melibatkan produk frozen. Sila hubungi kami segera jika ada perubahan.

Ya! Kami ada program Affiliate & Dropship Feera untuk sesiapa yang nak jana pendapatan dari rumah. Tiada modal, tiada simpan stok — hanya share link & dapat komisen. Hubungi kami untuk daftar.

Shopping Cart